Tuesday 6 April 2021

Pola makanan kebiasaan Rasulullah

Rasulullah lebih gemar makan tumbuh-tumbuhan. Walaupun Rasulullah tetap memakan daging, tetapi beliau hanya makan pada acara-acara tertentu dan dalam sukatan yang tidak banyak. 

credit: google 


Anas bin Malik menceritakan, Rasullulah menggemari buah labu. Pada suatu hari beliau bersama Rasulullah ketika di jemput makan makanan labu. "Aku pun mengikutinya. Labu itu aku dekatkan di hadapannya, kerana aku tahu beliau menggemarinya"

Pada masa yang sama, diet makanan pilihan Rasulullah ini bukanlah diet vegetarian sebenar iaitu vegetarian yang ekstrem atau vegan. Suatu sikap yang dilarang oleh Rasulullah sendiri. Ada kisahkan seorang sahabat mahu beribadah dengan terus-menerus berpuasa, tetapi dilarang oleh Rasulullah, "Aku sendiri pun makan daging".

Umar bin Khattab pernah berkata, "Jangan kamu jadikan perut kamu sebagai kubur haiwan-haiwan ternakan!"

Kesimpulannya, pola makanan yang ideal adalah makanan daripada haiwan tidak melebihi 10-20 peratus daripada komposisi menu makanan. Sebanyak 60% daripada menu ialah sumber biji-bijian dan 30% daripada buah dan sayur-sayuran.

credit: google


Struktur anotomi dan fisiologi manusia pun sebenarnya secara natural menjelaskan komposisi makanan yang patut dimakan oleh manusia. Daripada 32 batang gigi manusia, hanya empat batang sahaja gigi tajam ataupun gigi taring berfungsi memotong daging iaitu 12.5%. Selebihnya adalah 20 batang gigi geraham bagi mengunyah makanan yang berasal daripada biji-bijian seperti nasi, roti, jagung dan sebagainya.


Sumber: Buku Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit 

No comments:

Post a Comment

Pola makanan kebiasaan Rasulullah

Rasulullah lebih gemar makan tumbuh-tumbuhan. Walaupun Rasulullah tetap memakan daging, tetapi beliau hanya makan pada acara-acara tertentu ...