Showing posts with label Fakta tentang Asia. Show all posts
Showing posts with label Fakta tentang Asia. Show all posts

Wednesday, 18 October 2017

Asia Yang Menakjubkan

Asia Yang Menakjubkan

1) Rusia ialah negara terbesar dari segi keluasan muka bumi di dunia. Sebahagian daripada negara Rusia terletak di Eropah, manakah sebahagian lagi di Asia
2) Jepun dan Indonesia sentiasa menghadapi bahaya letusan gunung berapi iaitu Lingkaran api, yang mengelilingi Lautan Pasifik.
3) Kelawar terbesar di dunia, iaitu kelawar Bismark dari  Indonasia, terdapat di Asia, manakala kelawar terkecil ialah kelawar Kitti berhidung panjang, yang terdapat di Thailand.
4) Tanaman taman yang berasal dari Asia ialah bunga Tulip ( Turki ) Dan bunga Kemboja ( Indonasia ).
5) Orang Jepun menamakan negaranya sebagai Nippon, yang bererti ' punca Matahari'. Bulatan merah pada bendera Jepun itu melambangkan Matahari.
6) Zhiang mungkin merupakan nama keluarga yang paling biasa di dunia kerana hampir seorang daripada 10 orang China bernama Zhiang.
7) Suhu di Asia berjulat dari -68°C di Verkhoyansk, Rusia hingga 54°C di Tirat Zevi, Israel.

Saturday, 14 October 2017

Marco Polo dan China

Marco Polo dan China 

  Orang pertama menulis kisah tentang negara China melalui pengamatannya sendiri iaitu Marco Polo (1254-1324), seorang pengembara berbangsa Itali. Kisah ini memberikan sedikit gambaran awal kepada orang Eropah tentang cara hidup orang China. Setelah melalui perjalanan yang jauh tanpa berasa takut dari Venice menyeberang Eropah dan Asia, Polo tiba di istana Kublai Khan (1216-94), pengasas dinasti Mongol di China. Beliau disambut mesra di sana.Semasa Polo mengembara ke China, beliau telah mengarang beberapa buah buku, seperti Description of The World yang menceritakan tentang kemajuan rakyat Kublai Khan. Karyanya menimbulkan minat orang Eropah terhadap negara timur dan menjadi pendorong kepada penjajah lain juga.

Gambar :

Pola makanan kebiasaan Rasulullah

Rasulullah lebih gemar makan tumbuh-tumbuhan. Walaupun Rasulullah tetap memakan daging, tetapi beliau hanya makan pada acara-acara tertentu ...