Saturday 14 October 2017

Kawasan Manakah Yang Paling Banyak Mendapat Hujan Di Malaysia ?

Kawasan Manakah Yang Paling Banyak Mendapat Hujan ?


   Taiping yang terletak di banjaran Bintang di negeri Perak. Kawasan ini dilaporkan mendapat antara 100 hingga 200 inci hujan setiap tahun. Ini menjadikannya sebuah kawasan paling lembab di negara ini.
  Taiping dikelilingi oleh Banjaran Titiwangsa dengan gunung-ganang setinggi 6000 kaki dari paras laut membuatkannya sentiasa bersuhu sejuk di bawah 63 darjah Fahrenheit. Selain itu, antara faktor yang menyebabkan kawasan ini mendapat hujan yang banyak ialah kedudukannya di tengah-tengah deretan Banjaran Titiwangsa yang bersuhu di bawah paras beku dan kedudukan bandar ini sendiri yang tinggi dari paras laut.
  Selain itu, kedudukan Bukit Larut yang berhadapan dengan tiupan angin kencang menyebabkannya mendapat hujan yang banyak. Biasanya kawasan yang terlindung dari tiupan angin akan mendapat kurang hujan. Contohnya Banjaran Cascade di Califonia.
  Di dunia ini banyak kawasan di sepanjang garisan Khatulistiwa yang mendapat hujan purata 60 inci setiap tahun. Kedudukan khatulistiwa yang merupakan jalan pertemuan arus udara besar. Ini menyebabkan udara yang bergerak turun dari utara bertemu dengan udara yang bergerak naik dari aarah selatan. Keadaan ini akan menyebabkan keseluruhan udara panas naik ke atas dan menyebabkan wap air. Seterusnya ketika berada di paras paling sejuk, wap akan terpeluwap dan akan turun sebagai hujan.
  Gunung Waialeale di Pulau Hawaii adalah kawasan yang paling banyak sekali mendapat hujan. Ia dilaporkan mendapat hujan sebanyak 471.68 inci setiap tahun.
  Sementara itu Cherrapunji, di India merupakan kawasan di dunia yang kedua mendapat jumlah hujan yang banyak iaitu di antara 425 hingga 450 inci setahun. Bagaimanapun Cherrapunji teteap merupakan kawasan paling banyak dituruni hujan sepanjang tahun iaitu sebanyak 150 inci hanya dalam masa lima hari. Kawasan ini juga pernah mendapat hujan sebanyak 905 inci pada tahun 1861.

Contoh gambar :
1) Taiping
2) Gunung Waialeale



4 comments:

Pola makanan kebiasaan Rasulullah

Rasulullah lebih gemar makan tumbuh-tumbuhan. Walaupun Rasulullah tetap memakan daging, tetapi beliau hanya makan pada acara-acara tertentu ...