Siapakah raja Melayu yang mula-mula sekali mengunjungi negara barat ?
Sultan Johor, Almarhum Sultan Abu Bakar Ibni Almarhum Temenggong Ibrahim (1862-1895)mengadakan lawatan rasmi ke barat pada tahun 1866 atas undangan rasmi Ratu Victoria, Raja England. Baginda adalah raja Melayu yang petama melawat benua Eropah sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1874, 1885 dan 1890. Baginda mengunjungi negara China dan Jepun pada tahun 1883.
Sepanjang 33 tahun menjadi Sultan Johor, Almarhum Sultan Abu Bakar hanya berada di dalam negeri tidak sampai 16 tahun. Kebanyakan masanya dihabiskan di luar negara.
Sepanjang pemerintahannya, Sultan Abu Bakar telah membawa banyak perubahan dan kemajuan kepada negeri Johor. Baginda mengadakan hubungan perdagangan dalam negara barat dan menjadikan negeri Johor sebagai negeri termaju dan paling moden di Tanah Melayu pada penghujung abad ke-19.
Almarhum Sultan Abu Bakar diputerakan di Telok Belanga, Singapura pada hari Ahad, 14 Ramadan 1248 bersamaan 3 Februari 1833. Baginda merupakan putera Temenggong Ibrahim. Baginda mempunyai 10 orang adinda, 6 lelaki dan 4 perempuan.
Sewaktu dilahirkan nama baginda adalah Tun Abu Bakar dan kalanya dipanggil Encik Wan Abu Bakar. Semenjak kecil lagi baginda telah didedahkan dengan dunia luar. Baginda mendapat didikan Inggeris petama daripada seorang guru, Benjamin Peach Keasberry yang dilantik khas oleh Sultan Ibrahim.
Almarhum Sultan Abu Bakar dilantik menjadi Sultan Johor pada 1 Februari 1862 atas perkenan Ratu Victoria, Sultan Abu Bakar dibenarkan mememakai gelaran Maharaja. Pada 11 Disember 1885, Kerajaan England mengiktirafkan baginda sebagai Sultan Johor dan diisytiharkan pada 13 Februari 1886. Baginda kemudian dimahkotakan pada 29 Julai 1885, dengan memakai gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultan Abu Bakar.
Pada hari Isnin 1 Januari 1866, baginda telah menukar nama Tanjung Puteri kepada Johor Bahru, seterusnya memindahkan pusat pentadbiran Johor di Telok Belanga, ke Johor Bahru pada 22 Mac 1889 sekali gus memindahkan semua kerabat baginda ke Johor Bahru.
Sultan Abu Bakar mulai gering pada 18 April 1895 dan berangkat ke England untuk mendapatkan rawatan. Pada 4 Jun 1895, baginda mangkat di Bailey's Hotel, London ketika berusia 62 tahun.
Jenazah Almarhum Sultan Abu Bakar sampai di Telok Belanga, Singapura pada pagi 31 Ogos dan dibawa ke Istana Besar Johor Bahru. Baginda dimakamkan di Makam Diraja Jalan Mahmuddiah, Johor Bahru, pada 7 Septembar 1895.
No comments:
Post a Comment