Di manakah stesen radio mula-mula sekali beroperasi di Malaysia ?
Stesen radio yang pertama ialah sebuah rumah papan yang terletak di NO 48, Jalan Perak, Pulau Pinang dan mula beroperasi pada tahun 1943.Stesen radio yang beroperasi di rumah milik Encik Koo Sian Ewe ini pada mulanya dikenali sebagai Stesen Radio ZHJ. Ia dikendalikan oleh beberapa orang ahli Persatuan Wireless Pulau Pinang yang dianggotai oleh pekerja dan pegawai British.
Semasa penubuhannya, stesen ini menggunakan pemancar buatan tempatan yang dicipta oleh Encik Chun Wee Bee dari Syarikat Kee Huat Radio, Pulau Pinang. Bagaimanapun ia tidak mempunyai kelengkapan sepenuhnya dan segala belanja pembiayaan diperolah daripada hasil kutipan yuran ahli-ahli persatuan.
Stesen radio ini berjalan lancar dan mendapat sambutan daripada pendengar. Kedatangan Jepun ke Tanah Melayu, telah membawa satu perubahan mendadak. Pemerintah Jepun menukarkannya kepada Stesen Radio Hoso Kyoko. Bagaimanapun apabila British mengambil alih pemerintahan Tanah Melayu, ia mengubah sistem radio ini dan memulakan kata-kata awal pada setiap penyiarannya dengan kata-kata " This is The British Military Administration Broadcasting " . Penyiaran inilah yang menandakan bermulanya sejarah penyiaran secara profesional di negara kita.
Contoh radio lama :
No comments:
Post a Comment