Saturday 14 October 2017

Di manakah letaknya kubur beramai-ramai yang besar di Malaysia ?

Di manakah letaknya kubur beramai-ramai yang besar di Malaysia ?


  Taman Perbadanan Islam Kebun Teh, Johor Bahru. Kubur ini merupakan kubur 93 orang korban nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) Boeing 737 penerbangan MH 653 di Tanjung Kupang, Johor pada 4 Disember 1977.
  Ia merupakan pengkebumian paling ramai dalam satu kubur yang petama di negara ini. Kesemua mayat yang sudah tidak sempurna itu terpaksa disemadikan bersama-sama di kawasan khas bagi memudahkan saudara mara menziarah.
  Kemalangan yang mengorbankan semua penumpang termasuk tujuh anak kapal itu merupakan kemalangan udara paling buruk dalam sejarah penerbangan Malaysia (MAS). Kemalangan itu berpunca daripada satu letupan sewaktu ia sedang menghampiri ruang udara Singapura ( kira-kira 60 kilometer dari Tanjung Kupang, Johor ).
 Turut terkorban dalam nahas itu ialah Menteeri Pertanian Malaysia Datuk Seri Ali Haji Ahmad yang sedang dalam urusan rasmi ke Singapura. Namanya diabadikan pada Sekolah Menengah Dato' Ali Haji Ahmad, Pontian, Johor.

Logo Sekolah :

No comments:

Post a Comment

Pola makanan kebiasaan Rasulullah

Rasulullah lebih gemar makan tumbuh-tumbuhan. Walaupun Rasulullah tetap memakan daging, tetapi beliau hanya makan pada acara-acara tertentu ...