Saturday 14 October 2017

Siapakah pemilik asal Kelly Castle yang terkenal di Batu Gajah ?

Siapakah pemilik asal Kelly Castle yang terkenal di Batu Gajah ?


   William Smith, seorang lelaki Scotland, pengusaha lombong bijih timah terkaya di negeri Perak. Istana ini dibina dekat Batu Gajah, Perak pada 1911.
William Smith telah membangunkan Istana Kellie's Castle sebagai tanda cinta terhadap isterinya, Agnes. William Smith membina istananya ketika isterinya masih hidup.
Kini, rumah bentuk istana tertua di negara kita ini telah hilang kegemilangannya. Rumah ini telah terbiar sejak 50 tahun lalu. William Smith meninggal dunia di Lisbon, Portugal pada 1926 tanpa meninggalkan pewaris.
   Menurut sejarahnya, Istana Kelly ini mula dibina pada 1911. Bagaimanapun kerja-kerja membina istana ini terpaksa ditangguhkan berikutan meletusnya Perang Dunia Pertama. Istana ini hanya siap sepenuhnya pada tahun 1925. Kos pembinaan keseluruahanistana ini berjumlah lebih 200,00 pound sterling.
  Istana setinggi tiga tingkat dengan satu menara di tingkat empat ini dilengkapi dengan 6 buah bilik besar. Di dindingnya terdapat ukiran-ukiran cantik yang tidak terperi keindahannya.
 Istana ini hanya didiami oleh keluarga Smith selama 15 tahun (1911-1924) apabila isteri beliau, Agnes mengambil keputusan pulang ke England. Agnes meninggalkan Tanah Melayu pada tahun 1925. Dia membawa anak lelaki tunggal mereka, Anthony yang ketika itu berusia 7 tahun.
 William Smith bertambah kecewa dan sedih apabila anak perempuannya, Helen juga mengikut ibunya pulang ke England.
 Akibat kesedihan yang berpanjangan beliau tidak lagi dapat menguruskan perniagaannya dengan baik dan Istana Kelly telah hilang cahaya keindahannya.
 Setahun kemudian Smith meninggalkan Istana Kelly. Bagaimanapun dia tidak pulang ke England sebaliknya ke Lisborn, Portugal.
 Smith meninggal dunia pada 11 Disember 1926 dalam usia 56 tahun setelah di serang penyakit radang paru-paru. Smith dikebumikan di Tanah Perkuburan British, Lisbon.
 Isterinya, Agnes, mengambil keputusan menjualkan semua harta milik mendiang suaminya yang berupa ladang-ladang getah termasuk Istana Kelly kepada seorang pengusaha ladang bangsa Inggeris.
 Istana ini pernah dicadangkan untuk dijadikan sebagai muzium negeri. Bagaimanapun usaha-usaha ini terbantut berikutan timbulnya cerita yang istana ini berhantu.

Gambar Istana :

No comments:

Post a Comment

Pola makanan kebiasaan Rasulullah

Rasulullah lebih gemar makan tumbuh-tumbuhan. Walaupun Rasulullah tetap memakan daging, tetapi beliau hanya makan pada acara-acara tertentu ...