Monday, 16 October 2017

6 Kegunaan Ammonia Dalam Kehidupan

6 Kegunaan Ammonia Dalam Kehidupan

 

 

1) Asid Nitrik
  • Dihasilkan besar-besaran daripada Ammonia
  • Asid Nitrik digunakan untuk baja, bahan pewarna dan bahan letupan.


2) Detergen
  • Ammonia bertindak balas dengan minyak sayur atau hidrokarbon untuk menghasilkan detergen bagi mencuci dan menanggalkan gris.







3) Agen penyejuk
  • Ammonia mudah dimampatkan dan mempunyai kapasiti haba yang tinggi
  • Cecairnya digunakan sebagai agen penyejuk dalam penyaman udara dan peti sejuk.


4) Mencegah pembekuan/penggumpalan susu getah
  • Bakteria bertindak balas dengan susu getah untuk membentuk asid. Asid ini menyebabkan susu getah membeku.
  •  Larutan Ammonia beralkali ditambahkan ke dalam susu getah untuk meneutralkan asid. Tindak balas ini mencegah susu getah daripada membeku.


5) Pewarna 
  • Ammonia digunakan untuk membuat bahan pewarna dan gentian nilon.


6) Baja ammonium
  • Ammonia bertindak balas dengan asid untuk menghasilkan baja.
  • ammonia + asid sulfrik cair = ammonia sulfat + air
  • Contoh lain : urea dan ammonium nitrat.

No comments:

Post a Comment

Pola makanan kebiasaan Rasulullah

Rasulullah lebih gemar makan tumbuh-tumbuhan. Walaupun Rasulullah tetap memakan daging, tetapi beliau hanya makan pada acara-acara tertentu ...