Cara mengekalkan kesihatan rambut walaupun bertudung
1) Mencuci rambut
- Anda tidak perlu cuci rambut setiap hari, cukup setakat setiap tiga atau empat kali seminggu
- Gunakan perapi rambut selepas syampu agar rambut sentiasa lembut, harum dan kuat
- Sekiranya ingin mencuci rambut pada waktu pagi, pastikan dicuci dua jam sebelum memakai tudung
- Jangan pakai tudung ketika rambut basah kerana membuatkan kulit kepala menjadi gatal dan lembap.
- Biarkan rambut bebas dan jangan bungkus dengan tuala untuk membolehkan kering secara semula jadi.
- Elak menggunakan pengering rambut kerana ia akan membuatkan rambut kusam dan tidak bermaya
- Lakukan rawatan rambut sendiri di rumah dengan menggunakan bahan khusus bagi dapat membantu menjaga kesihatan rambut, kesuburan dan kulit kepala.
- Penggunaan pupur rambut seminggu sekali dapat merangsang kekuatan akar rambut. Sebagai contoh, perahan jus limau nipis untuk menghilangkan kegatalan kulit kepala dengan menyingkirkan minyak dan kelemumur.
- Tonik atau ginseng khusus membantu mengembalikan kekuatan rambut dan mengelak masalah rambut bercabang.
4) Rajin menyikat
- Untuk menjaga rambut, rajin menyikat rambut minimum empat kali sehari. Menyikat rambut sama juga seperti 'mengurut' kulit kepala yang bermanfaat.untuk membantu kelancaran perjalanan darah.
- Gunakan sikat plastik bergigi jarang untuk mencegah kerosakan rambut.
- Hindari menarik garis belahan rambut hanya pada satu sisi saja kerana kerosakan boleh bermula daripada garis belahan rambut.
- Sejurus pulang ke rumah, buka ikatan rambut untuk membolehkan rambut bernafas dan bebas.
- Ia dapat merehatkan kulit kepala dan biarkan ia selama setengah jam untuk memastikan peluh di kulit kepala benar-benar kering.
- Sekiranya mahu mencuci rambut, gunakan syampu yang sesuai dengan jenis kulit kepala dan rambut anda.
6) Material tudung berkualiti
- Pemilihan kain tudung juga penting untuk memastikan rambut sentiasa sihat dan mempuyai peredaran udara baik untuk kulit kepala.
- Pilih fabrik lembut, untuk tudung dan elakkan material tebal atau keras kerana ia mudah memerangkap haba dan membuatkan kulit kepala cepat peluh.
- Penggunaan material bagus mudah menyerap peluh dan mencegah rambut dan kulit kepala menjadi lembap.
- Kelembapan ini menyebabkan kelemumur.
-sumber daripada keratan akhbar BH-
No comments:
Post a Comment