Monday, 16 October 2017

Mengapa telur dan arnab ada kaitan dengan Easter ?

Mengapa telur dan arnab ada kaitan dengan easter ?


  Easter ialah hari cuti Kristian yang tersangat meriah. Hari ini dirayakan sebagai mengingati Kebangkitan-Semula Nabi Isa. Hari yang tepat untuk hari Easter mungkin berubah dari tahun ke tahun tetapi ia selalunya datang dalam musim bunga. Oleh itu dengan merebaknya agama Kristian, perayaan Easter ditokok-tambah dengan berbagai perayaan menyambut musim bunga. Ia menjelaskan mengapa banyak adat-adat Easter lahir dari tradisi-tradisi yang wujud sebelum lahirnya agama Kristian.
  Easter dan kedatangan musim bunga adalah simbol-simbol kehidupan baru. Orang-orang Mesir dan Parsi kuno merayakan perayaan-perayaan musim bunga mereka dengan mewarna dan memakan telur. Ini adalah kerana mereka menganggap telur sebagai satu simbol kesuburan dan kehidupan baru. Orang-orang Kristian mengambil telur sebagai kehidupan baru, iaitu simbol Kebangkitan-Semula.
  Ada lagi satu sebab mengapa orang-orang Kristian mengamalkan adat memakan telur pada hari Minggu Easter dan memberikanya sebagai hadiah kepada sahabat-sahabat dan kanak-kanak. Pada awal zaman permulaan gereja, telur-telur adalah makanan yang diharamkan semasa berpuasa sebelum menyambut Easter. Dengan berakhirnya puasa itu, orang-orang Kristian bergembira dapat memakan telur pada hari Minggu Easter.
  Arnab Easter adalah sebahagian dari perayaan musim bunga lama sebelum lahir agama Kristian. Dalam lagenda-lagenda Mesir kuno, arnab dikaitkan dengan bulan. Arnab dikaitkan dengan malam kerana ia keluar hanya pada waktu malam untuk makan. Dengan anggapan itu, arnab menjadi satu simbol zaman baru untuk kesuburan. Orang-orang Kristian juga meniru adat ini dan mengambil dan mengaitkan arnab dengan Easter, iaitu hari cuti yang memberi simbol kehidupan baru.




  Tradisi memakai baju baru pada hari minggu Easter juga adalah satu simbol membuangkan yang lama dan memulakan yang baru.


-sumber daripada KPA1977-

No comments:

Post a Comment

Pola makanan kebiasaan Rasulullah

Rasulullah lebih gemar makan tumbuh-tumbuhan. Walaupun Rasulullah tetap memakan daging, tetapi beliau hanya makan pada acara-acara tertentu ...