Siapakah yang mencipta piano ?
Tahukah anda bahawa selain dari organ, pianolah alat muzik yang paling kompleks ? Sebenarnya, nama sebenar untuk piano ialah 'Pianoforte', yang bermakna 'lembut-kuat', dan yang menunjukkan berbagai-bagai nada yang boleh dibunyikan oleh alat ini.
Tetapi alat yang sangat rumit ini bermula dengan sebuah alat yang mudah dipanggil 'monochord'. Ini ialah sebuah kotak yang mengandungi satu tali tunggal yang mempunyai takat-takat bunyi yang ditanda padanya. 'Dulcimer' dan 'psaltery' yang tersebut dalam kitab Injil juga mempunyai kotak-kotak muzik yang demikian. Pemainnya memetik talinya dengan sejenis pemetik.
Kira-kira pada tahun 1000 T.M., Guido d' Arezzo mencipta sebuah kuda-kuda yang boleh diubah-ubah untuk 'monochord' dan ditambah lagi mata dan talinya. Alat ini telah digunakan sehingga ke kurun-16.
Satu dari alat yang disukai yang berkembang dari alat 'monochord' ini ialah 'clarichord'. Bunyi dari 'clarichord' ini dikeluarkan oleh getaran spring melalui tekanan sebatang pin tembaga yang terhimpit di atas. Pemain alat ini boleh menguat atau mengurangkan nadanya.
Alat yang berkait rapat dengan piano ialah alat yang dipanggil 'spinet'. Ia adalah sejenis alat bujur dengan sebuah kompas dari empat 'octaves'. Talinya digerakkan dengan menarik atau memetiknya.
Dalam pertengahan kurun ke-17, sejenis alat yang menjadi popular ialah 'harpsicord'. Ia adalah alat yang lebih besar dari 'clavicord' atau 'spinet' dan biasanya mempunyai dua set mata. Bentuknya adalah seperti sebuah piano. Talinya adalah dipetik dengan bulu landak yang halus.
Akhirnya, dalam tahun 1709, Bartolommeo Christofori memperkenalkan tindakan tukul yang mengasingkan piano daripada alat-alat bertali sebelum itu. Tindakan tukul ini menghapuskan bunyi menggaris yang dijumpai dalam alat-alat lebih primitif. Beethoven adalah pencipta atau pengubah yang pertama menghasilkan penggunaan piano yang meluas.
-sumber daripada KPA1977-
No comments:
Post a Comment