Friday 13 October 2017

Kepentingan Gizi Seimbang

Kepentingan Gizi Seimbang

1. Gizi merujuk kepada jenis makanan seharian yang kita makan.
2. Gizi Seimbang terdiri daripada tujuh kelas makanan (karbohidart, protein, lemak, vitamin, mineral, pelawas dan air) yang diambil dalam jumlah dan kadar yang betul untuk memenuhi keperluan badan seharian.
3. Gizi seimbang :
  • Membekalkan tenaga untuk aktiviti seharian
  • Mencegah jangkitan penyakit
  • Membekalkan semua nutrien yang diperlukan untuk pertumbuhan.
FAKTOR YANG MENENTUKAN GIZI SEIMBANG

1.Umur
  • Seorang kanak-kanak memerlukan lebih karbohidrat dan protein daripada seorang dewasa untuk pertumbuhan yang berterusan.
  • Seorang remaja memerlukan karbohidrat yang banyak untuk kekal aktif. Mereka juga memerlukan banyak protein untuk membina sel baharu dan kalsium untuk membina tulang serta gigi yang kuat.
2. Jantina
  •  Lelaki memerlukan lebih banyak tenaga daripada perempuan dalam kumpulan umur yang sama.
  • Haba hilang dengan lebih cepat daripada lelaki berbanding perempuan kerana lelaki mempunyai kandungan lemak yang rendah.
3. Aktiviti fizikal dan jenis pekerjaan 
  •  Seorang yang aktif memerlukan tenaga yang lebih banyak.
  • Seorang yang melakukan kerja berat seperti seorang petani memerlukan lebih banyak tenaga daripada seseorang yang melakukan kerja yang ringan seperti seorang kerani.
4. Saiz badan
  • Seseorang yang mempunyai saiz badan yang lebih besar memerlukan lebih banyak tenaga daripada seseorang yang berbadan kecil.
5. Keadaan kesihatan 
  • Seseorang yang sembuh daripada penyakit memerlukan nutrien tertentu dengan lebih banyak.
  • Seorang wanita yang mengandung memerlukan lebih banyak tenaga daripada wanita yang tidak mengandung.
6. Iklim
  • Seseorang yang tinggal di negara yang sejuk memerlukan lebih banyak tenaga untuk memanaskan badan,
  • Manusia yang tinggal di kawasan panas tidak memerlukan jumlah tenaga yang begitu banyak.


Contoh jumlah makanan yang patut diambil :

6 comments:

Pola makanan kebiasaan Rasulullah

Rasulullah lebih gemar makan tumbuh-tumbuhan. Walaupun Rasulullah tetap memakan daging, tetapi beliau hanya makan pada acara-acara tertentu ...