Friday, 13 October 2017

Vitamin Untuk Badan

VvVitamin

1. ialah sebatian organik yang diperlukan untuk mengekalkan kesihatan yang baik
  • diperlukan dalam kuantiti yang sedikit  
  •  tidak membekalkan tenaga
2. Kekurangan vitamin menyebabkan penyakit kurang zat
3. Terdapat dua jenis vitamin
  • Vitamin larut lemak : vitamin A,D dan E
  • Vitamin larut air : vitamin B dan C
 SUMBER UTAMA, FUNGSI DAN KESAN KEKURANGAN VITAMIN

1.Vitamin A
  • Sumber utama : Lobak merah, kuning telur , hati , ikan
  • Fungsi : Mengekalkan kulit yang sihat dan untuk penglihatan malam yang baik
  • Penyakit kekurangan zat : Kulit yang kering dan rabun malam
2. Vitamin B
  • Sumber utama : Bijirin , hati , telur , yis , sayur-sayuran
  • Fungsi : Mengekalkan sistem saraf yang sihat. Membantu menguraikan karbohidrat bagi membebaskan tenaga. Membantu dalam pembentukan sel darah merah.
  • Penyakit kurang zat : Beri-beri (penyakit sistem saraf). Pelagra (penyakit kulit) . Anemia.
3. Vitamin C
  • Sumber utama : Buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Fungsi : Mengekalkan kulit, gigi, dan gusi yang sihat. Menyembuhkan luka. Meningkatkan rintangan badan terhadap penyakit.
  • Penyakit kurang zat : Skurvi (gusi berdarah)
4. Vitamin D
  • Sumber utama : Hati, telur, hasil tenusu, terbentuk di dalam kulit di bawah cahaya matahari
  • Fungsi : Membantu penyerapan kalsium dan fosforus. Pembentukan gigi dan tulang yang kuat.
  • Penyakit kurang zat : Riket (tulang yang lemah dan pereputan gigi)
5. Vitamin E
  • Sumber utama : Kacang, bijirin, bijirin sempurna, minyak sayur
  • Fungsi : Mengekalkan kesuburan. Menghalang kerosakan sel.
  • Penyakit kurang zat : Kemandulan. Fungsi saraf dan otot yang lemah.
6. Vitamin K
  • Sumber utama : Hati, kuning telur dan sayur hijau 
  • Fungsi : Merangsang pembekuan darah
  • Penyakit kurang zat : Pendarahan yang berterusan  


Contoh sumber makanan : 







No comments:

Post a Comment

Pola makanan kebiasaan Rasulullah

Rasulullah lebih gemar makan tumbuh-tumbuhan. Walaupun Rasulullah tetap memakan daging, tetapi beliau hanya makan pada acara-acara tertentu ...