Friday, 13 October 2017

Kitar Haid

1.Haid
- adalah penguraian dinding uterus dan pengaliran darah melalui faraj
- melibatkan penguraian dan pembinaan dinding uterus dan salur darah
- melibatkan penghasilan dan pembebasan ovum yang matang
- dipengaruhi oleh hormon seks
- bermula apabila seorang perempuan mencapai akil baligh
- mengambil masa selama 28 hari untuk setiap kitar

2.Kitaran haid bermula dalam urutan berikut :
1) Dinding uterus bersama dengan salur darah terurai dan disingkirkan melalui faraj
2) Dinding uterus mula dibina semula, menjadi tebal dan kaya dengan saluran darah
3) Pengovulan berlaku. Pengovulan adalah pembebasan satu ovum (telur) matang daripada salah satu ovari ke dalam tiub Fallopio.
4) Dinding Uterus menjadi lebih tebal dan kaya dengan salur darah. Ini adalah untuk menyediakan uterus bagi penempelan ovum yang tersenyawa. Sekiranya persenyawaan ovum oleh sperma tidak berlaku, dinding uterus dan salur darah mula terurai.

3.Sebaik sebelum kitar haid, seorang perempuan mungkin mengalami sindrom prahaid. Sindrom ini termasuklah emosi yang tidak menentu, risau, penat, tidak bermaya dan sakit di abdomen.

4. Kitar Haid seseorang perempuan berhenti apabila mencapai umur antara 50 hingga 55 tahun.

5. Peringkat ini disebut putus haid dan menandakan peringkat subur seorang perempuan telah tamat. Simptom termasuklah kemurungan dan kepanasan.

Translate:
Menstruation = Fasa Haid
Ovulation = Fasa Pengovulan
Futeal = Fasa Prahaid

No comments:

Post a Comment

Pola makanan kebiasaan Rasulullah

Rasulullah lebih gemar makan tumbuh-tumbuhan. Walaupun Rasulullah tetap memakan daging, tetapi beliau hanya makan pada acara-acara tertentu ...