Saturday, 23 December 2017

Perisian Hasad (Jenayah Siber)

Perisian Hasad

Related image

 Perisian yang dicipta untuk tujuan jahat yang akan menceroboh sistem Window dan menjadikan keadaan kacau-bilau.

 SIMPTOM UTAMA PERISIAN HASAD

  1. Kita akan dibawa ke laman web yang khusus setiap kali menggunakan Internet.
  2. Iklan pornografi akan keluar secara tiba-tiba.
  3. Set komputer bertukar tanpa diarahkan 
  4. Kelajuan Internet tiba-tiba menjadi perlahan
  5. Cakera keras akan beroperasi walaupun kita tidak menggunakan komputer.

BrainGate

BrainGate

Related image
-copy image from google-

  Isyarat elektrik yang dihantar oleh saraf otak pada otak manusia akan disimpan sebagai memori, pengetahuan, dan sebagainya. BrainGate mempunyai lebih kurang 100 elektrod yang tebalnya sama dengan seurat rambut dan dapat menukar isyarat otak kepada kod komputer. BrainGate membantu pesakit lumpuh mengoperasikan program komputer hanya dengan berfikir saja.

Jenis-jenis Serangan E-mel Virus

Virus E-mel
Image result for gmail
Image result for menangis kartun dengan komputer

1. Menyerang fail Autorun
Kod hasad (malicious code) yg dimasukkan ke dalam program akan berfungsi secara automatik dan menyerang serta merosakkan sistem komputer semasa kita melayari web lucah atau iklan.

2. Serangan bom e-mel
Ditunjukan kepada seseorang atau sistem dengan menerima e-mel dengan jumlah yang sangat banyak agar memenuhi kapasiti yang dibinarkan supaya mereka tidak dapat menerima e-mel lagi.

3.Serangan Spam
Menghantar e-mel remeh dengan banyak secara rawak kepada pelbagai perkhidmataan e-mel untuk merosakkan sistem.

Friday, 22 December 2017

CERITA RAKYAT MALAYSIA PART 2

Madu Lebah Bunga


  Pada suatu masa, sebuah kampung diserang oleh musim kemarau yang panjang. Banyak ternakan dan tanaman mati kerana panas terik. Penduduk kampung bermuafakat untuk pindah. Mereka mahu mencari kehidupan yang baharu.
  Akhirnya penduduk kampung itu pun pindahlah. Mereka menuju ke hutan yang besar. Mereka harap kehidupan akan berubah di sana. Apabila hampir sampai, ramai antara mereka sudah tidak berdaya lagi untuk berjalan. Mereka terbaring di sana sini tidak ketahuan lagi.
  Seorang anak muda telah cuba pergi memasuki kawasan hutan dekat situ. Dia harap akan berjumpa dengan air atau sesuatu yang boleh dimakan. Tiba-tiba dia mendengar suara orang menyayi. Puas dia memerhatikan di sana sini, namun tiada siapa dilihatnya. Dia mendongak. Dia melihat beribu-ribu ekor serangga kecil sedang menghurung kuntum-kuntum bunga yang ada pada pokok-pokok di situ. Serangga itu berwarna hitam. Anak muda itu mengikut sekawan serangga itu terbang ke satu arah. Di sana dia melihat serangga itu berkumpul di satu dahan. Mereka bergayutan antara satu sama lain. 
  Serangga itu berkumpul menjadi satu kumpulan yang besar tergayut pada dahan itu. Tiba-tiba anak muda itu melihat sesuatu menitis dari serangga yang banyak itu.
  Dengan jari dia mencolek titisan itu ke lidah. Rasanya amat manis. Anak muda itu hairan kerana setelah memakan beberapa titisan, badannya terasa segar. Laparnya hilang serta-merta. Dia pun menadah titisan dengan daun kayu. Titisan itu diberinya minum kepada beberapa orang yang terbaring kerana kelaparan dan sakit itu.
  Semua orang kampung akhirnya sembuh dan tidak lapar walaupun hanya memakan setitis air manis itu. Tahulah mereka bahawa titisan itu boleh menjadi ubat. 
  Selepas itu mulalah mereka memerhatikan sekumpulan serangga hitam itu. Akhirnya mereka mengenali serangga itu dengan nama lebah madu. Madunya boleh dimakan serta boleh pula dibuat ubat. -THE END-

Thursday, 21 December 2017

CERITA RAKYAT MALAYSIA PART 1

RAJA KUYUK


  Pada zaman dahulu, ada seorang raja bernama Raja Kuyuk. Baginda memerintah Kota Kilas. Rakyat negeri itu daripada suku kaum Bisaya. Raja Kuyuk memerintahkan rakyatnya supaya bekerja mengusahakan ladang halia. Pada suatu hari, salah seorang rakyat datang ke istana Raja Kuyuk. Orang itu menyembah perihal ladang halia yang dibinasakan oleh binatang buas.
  Baginda Raja Kuyuk pun berangkat ke ladang, Baginda mahu melihat sendiri akan keadaan ladang yang dikatakan oleh rakyatnya itu. Baginda sangat berdukacita. Bagi baginda kejadian itu satu malapetaka yang mengaibkan.
  Baginda mengambil keputusan membawa sekalian rakyatnya berpindah ke daerah lain. Daerah itu bernama Bukit Selingai.
  Kemudian baginda memerintahkan sekalian hamba rakyat mengusahakan ladang halia yang baru. Kali ini ladang halia itu sangat menjadi dan banyak mendatangkan hasil. Baginda dan sekalian rakyatnya pun menetaplah di Bukit Selingai itu,
  Adapun hal yang sebenarnya, Raja Kuyuk dan sekalian rakyatnya itu masih tidak menganut sebarang agama. Pada suatu hari, negeri itu telah didatangi oleh rombongan diraja dari negeri Brunei diketuai Sultan Hasyim. Kedatangan rombongan itu hendak membeli halia dan berbaik-baik dengan baginda Raja Kusyuk. 
  Raja Kuyuk berasa sangat senang hati menerima kedatangan Sultan Hashim dan rombongannya. Semasa tinggal di negeri itu, Sultan Hashim dan orangnya tidak lupa mengerjakan sembahyang lima waktu. Raja Kuyuk pun bertanya kepada Sultan Hashim, apakah yang mereka lakukan itu. " Kami mengerjakan sembahyang. Menyembah Tuhan kami, iaitu Allah Yang Maha Esa. Allah yang mencipta bumi dan langit serta makhluk-Nya. Kami ini semuanya beragama Islam" titah Sultan Hashim.
  Mendengar kata-kata Sultan Hashim itu, Raja Kuyuk menjadi sangat tertarik. Maka baginda pun menyatakan keinginan hendak menganut agama Islam.
  Sejak menganut agama Islam, baginda Raja Kuyuk berasa sangat senang hati. Kehidupan baginda dan seluruh rakyatnya bertambah makmur. Rezeki pun datang melimpah-ruah,
-THE END-

Pola makanan kebiasaan Rasulullah

Rasulullah lebih gemar makan tumbuh-tumbuhan. Walaupun Rasulullah tetap memakan daging, tetapi beliau hanya makan pada acara-acara tertentu ...