Thursday 21 December 2017

CERITA RAKYAT MALAYSIA PART 1

RAJA KUYUK


  Pada zaman dahulu, ada seorang raja bernama Raja Kuyuk. Baginda memerintah Kota Kilas. Rakyat negeri itu daripada suku kaum Bisaya. Raja Kuyuk memerintahkan rakyatnya supaya bekerja mengusahakan ladang halia. Pada suatu hari, salah seorang rakyat datang ke istana Raja Kuyuk. Orang itu menyembah perihal ladang halia yang dibinasakan oleh binatang buas.
  Baginda Raja Kuyuk pun berangkat ke ladang, Baginda mahu melihat sendiri akan keadaan ladang yang dikatakan oleh rakyatnya itu. Baginda sangat berdukacita. Bagi baginda kejadian itu satu malapetaka yang mengaibkan.
  Baginda mengambil keputusan membawa sekalian rakyatnya berpindah ke daerah lain. Daerah itu bernama Bukit Selingai.
  Kemudian baginda memerintahkan sekalian hamba rakyat mengusahakan ladang halia yang baru. Kali ini ladang halia itu sangat menjadi dan banyak mendatangkan hasil. Baginda dan sekalian rakyatnya pun menetaplah di Bukit Selingai itu,
  Adapun hal yang sebenarnya, Raja Kuyuk dan sekalian rakyatnya itu masih tidak menganut sebarang agama. Pada suatu hari, negeri itu telah didatangi oleh rombongan diraja dari negeri Brunei diketuai Sultan Hasyim. Kedatangan rombongan itu hendak membeli halia dan berbaik-baik dengan baginda Raja Kusyuk. 
  Raja Kuyuk berasa sangat senang hati menerima kedatangan Sultan Hashim dan rombongannya. Semasa tinggal di negeri itu, Sultan Hashim dan orangnya tidak lupa mengerjakan sembahyang lima waktu. Raja Kuyuk pun bertanya kepada Sultan Hashim, apakah yang mereka lakukan itu. " Kami mengerjakan sembahyang. Menyembah Tuhan kami, iaitu Allah Yang Maha Esa. Allah yang mencipta bumi dan langit serta makhluk-Nya. Kami ini semuanya beragama Islam" titah Sultan Hashim.
  Mendengar kata-kata Sultan Hashim itu, Raja Kuyuk menjadi sangat tertarik. Maka baginda pun menyatakan keinginan hendak menganut agama Islam.
  Sejak menganut agama Islam, baginda Raja Kuyuk berasa sangat senang hati. Kehidupan baginda dan seluruh rakyatnya bertambah makmur. Rezeki pun datang melimpah-ruah,
-THE END-

No comments:

Post a Comment

Pola makanan kebiasaan Rasulullah

Rasulullah lebih gemar makan tumbuh-tumbuhan. Walaupun Rasulullah tetap memakan daging, tetapi beliau hanya makan pada acara-acara tertentu ...