Tuesday, 6 April 2021

Pola makanan kebiasaan Rasulullah

Rasulullah lebih gemar makan tumbuh-tumbuhan. Walaupun Rasulullah tetap memakan daging, tetapi beliau hanya makan pada acara-acara tertentu dan dalam sukatan yang tidak banyak. 

credit: google 


Anas bin Malik menceritakan, Rasullulah menggemari buah labu. Pada suatu hari beliau bersama Rasulullah ketika di jemput makan makanan labu. "Aku pun mengikutinya. Labu itu aku dekatkan di hadapannya, kerana aku tahu beliau menggemarinya"

Pada masa yang sama, diet makanan pilihan Rasulullah ini bukanlah diet vegetarian sebenar iaitu vegetarian yang ekstrem atau vegan. Suatu sikap yang dilarang oleh Rasulullah sendiri. Ada kisahkan seorang sahabat mahu beribadah dengan terus-menerus berpuasa, tetapi dilarang oleh Rasulullah, "Aku sendiri pun makan daging".

Umar bin Khattab pernah berkata, "Jangan kamu jadikan perut kamu sebagai kubur haiwan-haiwan ternakan!"

Kesimpulannya, pola makanan yang ideal adalah makanan daripada haiwan tidak melebihi 10-20 peratus daripada komposisi menu makanan. Sebanyak 60% daripada menu ialah sumber biji-bijian dan 30% daripada buah dan sayur-sayuran.

credit: google


Struktur anotomi dan fisiologi manusia pun sebenarnya secara natural menjelaskan komposisi makanan yang patut dimakan oleh manusia. Daripada 32 batang gigi manusia, hanya empat batang sahaja gigi tajam ataupun gigi taring berfungsi memotong daging iaitu 12.5%. Selebihnya adalah 20 batang gigi geraham bagi mengunyah makanan yang berasal daripada biji-bijian seperti nasi, roti, jagung dan sebagainya.


Sumber: Buku Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit 

Sunah memakai alas kaki ketika ke bilik air

 Sunah memakai alas kaki ketika berada di bilik air

credit photo: time out


Sebab: Mengelakkan makhluk patogen memasuki tubuh badan kita melalui luka-luka kecil atau mikrolesion yang ada pada kulit. Sebagai contoh, makhluk patogen ialah bakteria tetanus, clostridum tetania, virus hepatitis.

Risiko adalah lebih tinggi apabila tapak kaki bersentuhan secara langsung dengan tempat kotor.

Antara amalan Rasulullah adalah memakai als kaki apabila masuk ke bilik air.


Sumber: buku Mengapa Rasullulah Tidak Pernah Sakit 

Saturday, 13 January 2018

Dear Mr Kilmer

I took a long period of time to finish the story too much things to do and limited time to read yet make me feel so uncomplete. I hate whenever I read half way story books especially when it need more then a week to finish the storyline. 😔 But whatever, what is important now I finished it last week. I'm not sure whether the book is real / true story but it must be interesting if it is a true story.
My review, it's good and excellent story as moral values to all people out there that tell us thers is no easy way to had a peaceful country. Richard such an inspiration boy and always stand up with what he believes. I like the part where Hannah said every time I see you I believe what my father said is true ( something like that )  It's good ending for both of them but not Mr.Kilmer.
Read the book the story is interesting. 9/10 rate ( because I like chic lit books more ) 

Bye 🌲
Ok I just search the story is true event

Chick lit books

I'm just done read Gossip from The Girl's room in 2 days 😀 ( it should be in a day but the temperature here freeze me out so most of the time I slept ) but just want to say it's awesome story. The book actually belong to my sister ( just steal it for awhile ) 

This book is about Sofia with her blog. What happend on her school including gossip of the popular girl in her grades.
I like the story 🌠 very simple and interesting to read especially for young readers like me.

Looking forward for more chick lit books.
I ordered 2 new books from shoolastic which is Chicks With Sticks : It's A Purl Thing and 25 Roses which cost RM8 and RM12.
Not gonna buy a lot of story books since it my important year due to SPM exam.
Bye 😘


Saturday, 23 December 2017

Perisian Hasad (Jenayah Siber)

Perisian Hasad

Related image

 Perisian yang dicipta untuk tujuan jahat yang akan menceroboh sistem Window dan menjadikan keadaan kacau-bilau.

 SIMPTOM UTAMA PERISIAN HASAD

  1. Kita akan dibawa ke laman web yang khusus setiap kali menggunakan Internet.
  2. Iklan pornografi akan keluar secara tiba-tiba.
  3. Set komputer bertukar tanpa diarahkan 
  4. Kelajuan Internet tiba-tiba menjadi perlahan
  5. Cakera keras akan beroperasi walaupun kita tidak menggunakan komputer.

BrainGate

BrainGate

Related image
-copy image from google-

  Isyarat elektrik yang dihantar oleh saraf otak pada otak manusia akan disimpan sebagai memori, pengetahuan, dan sebagainya. BrainGate mempunyai lebih kurang 100 elektrod yang tebalnya sama dengan seurat rambut dan dapat menukar isyarat otak kepada kod komputer. BrainGate membantu pesakit lumpuh mengoperasikan program komputer hanya dengan berfikir saja.

Jenis-jenis Serangan E-mel Virus

Virus E-mel
Image result for gmail
Image result for menangis kartun dengan komputer

1. Menyerang fail Autorun
Kod hasad (malicious code) yg dimasukkan ke dalam program akan berfungsi secara automatik dan menyerang serta merosakkan sistem komputer semasa kita melayari web lucah atau iklan.

2. Serangan bom e-mel
Ditunjukan kepada seseorang atau sistem dengan menerima e-mel dengan jumlah yang sangat banyak agar memenuhi kapasiti yang dibinarkan supaya mereka tidak dapat menerima e-mel lagi.

3.Serangan Spam
Menghantar e-mel remeh dengan banyak secara rawak kepada pelbagai perkhidmataan e-mel untuk merosakkan sistem.

Friday, 22 December 2017

CERITA RAKYAT MALAYSIA PART 2

Madu Lebah Bunga


  Pada suatu masa, sebuah kampung diserang oleh musim kemarau yang panjang. Banyak ternakan dan tanaman mati kerana panas terik. Penduduk kampung bermuafakat untuk pindah. Mereka mahu mencari kehidupan yang baharu.
  Akhirnya penduduk kampung itu pun pindahlah. Mereka menuju ke hutan yang besar. Mereka harap kehidupan akan berubah di sana. Apabila hampir sampai, ramai antara mereka sudah tidak berdaya lagi untuk berjalan. Mereka terbaring di sana sini tidak ketahuan lagi.
  Seorang anak muda telah cuba pergi memasuki kawasan hutan dekat situ. Dia harap akan berjumpa dengan air atau sesuatu yang boleh dimakan. Tiba-tiba dia mendengar suara orang menyayi. Puas dia memerhatikan di sana sini, namun tiada siapa dilihatnya. Dia mendongak. Dia melihat beribu-ribu ekor serangga kecil sedang menghurung kuntum-kuntum bunga yang ada pada pokok-pokok di situ. Serangga itu berwarna hitam. Anak muda itu mengikut sekawan serangga itu terbang ke satu arah. Di sana dia melihat serangga itu berkumpul di satu dahan. Mereka bergayutan antara satu sama lain. 
  Serangga itu berkumpul menjadi satu kumpulan yang besar tergayut pada dahan itu. Tiba-tiba anak muda itu melihat sesuatu menitis dari serangga yang banyak itu.
  Dengan jari dia mencolek titisan itu ke lidah. Rasanya amat manis. Anak muda itu hairan kerana setelah memakan beberapa titisan, badannya terasa segar. Laparnya hilang serta-merta. Dia pun menadah titisan dengan daun kayu. Titisan itu diberinya minum kepada beberapa orang yang terbaring kerana kelaparan dan sakit itu.
  Semua orang kampung akhirnya sembuh dan tidak lapar walaupun hanya memakan setitis air manis itu. Tahulah mereka bahawa titisan itu boleh menjadi ubat. 
  Selepas itu mulalah mereka memerhatikan sekumpulan serangga hitam itu. Akhirnya mereka mengenali serangga itu dengan nama lebah madu. Madunya boleh dimakan serta boleh pula dibuat ubat. -THE END-

Thursday, 21 December 2017

CERITA RAKYAT MALAYSIA PART 1

RAJA KUYUK


  Pada zaman dahulu, ada seorang raja bernama Raja Kuyuk. Baginda memerintah Kota Kilas. Rakyat negeri itu daripada suku kaum Bisaya. Raja Kuyuk memerintahkan rakyatnya supaya bekerja mengusahakan ladang halia. Pada suatu hari, salah seorang rakyat datang ke istana Raja Kuyuk. Orang itu menyembah perihal ladang halia yang dibinasakan oleh binatang buas.
  Baginda Raja Kuyuk pun berangkat ke ladang, Baginda mahu melihat sendiri akan keadaan ladang yang dikatakan oleh rakyatnya itu. Baginda sangat berdukacita. Bagi baginda kejadian itu satu malapetaka yang mengaibkan.
  Baginda mengambil keputusan membawa sekalian rakyatnya berpindah ke daerah lain. Daerah itu bernama Bukit Selingai.
  Kemudian baginda memerintahkan sekalian hamba rakyat mengusahakan ladang halia yang baru. Kali ini ladang halia itu sangat menjadi dan banyak mendatangkan hasil. Baginda dan sekalian rakyatnya pun menetaplah di Bukit Selingai itu,
  Adapun hal yang sebenarnya, Raja Kuyuk dan sekalian rakyatnya itu masih tidak menganut sebarang agama. Pada suatu hari, negeri itu telah didatangi oleh rombongan diraja dari negeri Brunei diketuai Sultan Hasyim. Kedatangan rombongan itu hendak membeli halia dan berbaik-baik dengan baginda Raja Kusyuk. 
  Raja Kuyuk berasa sangat senang hati menerima kedatangan Sultan Hashim dan rombongannya. Semasa tinggal di negeri itu, Sultan Hashim dan orangnya tidak lupa mengerjakan sembahyang lima waktu. Raja Kuyuk pun bertanya kepada Sultan Hashim, apakah yang mereka lakukan itu. " Kami mengerjakan sembahyang. Menyembah Tuhan kami, iaitu Allah Yang Maha Esa. Allah yang mencipta bumi dan langit serta makhluk-Nya. Kami ini semuanya beragama Islam" titah Sultan Hashim.
  Mendengar kata-kata Sultan Hashim itu, Raja Kuyuk menjadi sangat tertarik. Maka baginda pun menyatakan keinginan hendak menganut agama Islam.
  Sejak menganut agama Islam, baginda Raja Kuyuk berasa sangat senang hati. Kehidupan baginda dan seluruh rakyatnya bertambah makmur. Rezeki pun datang melimpah-ruah,
-THE END-

Thursday, 19 October 2017

Perkara yang perlu dan tidak perlu lakukan ketika BBQ

Perkara yang perlu dan tidak perlu lakukan ketika BBQ

Perlu
  •  Perap daging selama 30 minit untuk mengurangkan penghasilan heterocyclic amines (HCAs). HCAs mampu merosakkan gen anda
  • Makan daging ayam tidak melebihi 100g hingga 170g untuk setiap hidangan.
  • Campurkan buah-buahan, bawang putih, bawang dan jus lemon dalam sos perep untuk mengurangkan penghasilan HCA.
JANGAN
  • Bakar daging kehitaman. Daging yang dibakar sehingga hangus dan kehitaman sarat dengan HCAs.
  • Makan terlalu banyak sosej. Daging yang diproses boleh merosakkan DNA.

Wednesday, 18 October 2017

Apakah kota terbesar di Afrika ?

Apakah kota terbesar di Afrika ?

  Kaherah Di Mesir merupakan kota Afrika terbesar dengan bilangan penduduk lebih daripada 15 juga orang dan mangatasi kota-kota lain di benua ini, seperti Algiers ( Algeria ), Lagos ( Nigeria ), Dan Johannesburg ( Afrika Selatan ). Seperti kota lain di bahagian utara Afrika, Kaherah mempunyai masjid, pasar terbuka ( bazar ) dan bangunan tinggi yang moden. Kota berkembang dengan pesat di seluruh Afrika apabila penduduknya meninggalkan kawasan luar bandar untuk mencari pekerjaan di bandar.

Pola makanan kebiasaan Rasulullah

Rasulullah lebih gemar makan tumbuh-tumbuhan. Walaupun Rasulullah tetap memakan daging, tetapi beliau hanya makan pada acara-acara tertentu ...